Wednesday, 16 March 2011

PENGENALAN DIRI


Nama diberi emak ayah
MOHD ZAID B. ABU OTHMAN.  
Lebih mesra dipanggil
  PAK SU ZAID 
di kalangan warga pendidikan dan di sekolah.  
Dilahirkan pada tanggal 27 Oktober 1962.
 Pada usia nampak dah tua
opps, silap 'LAMA', tapi hakikatnya masih muda dalam memberi sumbangan.... 

Impian diri untuk memberi KHIDMAT BANTU kepada semua insan sesama manusia atas kepakaran yang ada khususnya dalam bidang KEMAHIRAN BELAJAR, PSIKODRAMA, MOTIVASI PEMBANGUNAN DIRI & PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN 
Telah berkhidmat lebih daripada 25 tahun dan pernah mengajar di sekolah menengah dan rendah. 

 Pernah menerbitkan kaset dengan Syarikat Telaga Biru bersama Dr. Shukri Abdullah 
dan CD Kemahiran Belajar dengan Penerbitan Premier.  
Kini sedang menyiapkan Buku Modual Kemahiran Belajar untuk tatapan anak-anak didik.  

Bertugas sebagai Guru Cemerlang Bimbingan Kaunseling di SMK Sayong, Kuala Kangsar, Perak. 
 Sering membantu sekolah-sekolah di seluruh Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.  

Motto kehidupan
'TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH'
Justeru itu, marilah bersama saya merealisasikan kekuatan potensi diri kita yang ada untuk membentuk dan melatih insan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang

No comments:

Post a Comment