Saturday, 19 March 2011

LAGI MAKANAN MINDA

Tadi cerita pasal protein.  Sekarang cerita pasal oksigen pulak. 

OKSIGEN
 Kandungan oksigen banyak terdapat pada air.  
Air ada 3 - air hidup, air mati dan air penawar. 

 1) AIR HIDUP
Air hidup ada dalam sungai, mata air, tasik, telaga dan sebagainya.  Air paip kat rumah dikira air hidup tapi sayangnya dicemari dengan adanya 'klorin'.  So bila kita minum air yang ditapis tak kira apa brand pun, kita minum air bersih... air hidup lah. 

2) AIR MATI
Air mati pula air yang dimasak.  Jangan kata air..... korangpun kalau dimasak... MATI! :)  So yang terbaik cari air penawar... esok bawak timba cari air penawar.  Yang paling dekat ada kat..... pergunungan tinggi Okinawa di Jepun.  Jauh ke?  atau ke Pergunungan Tinggi Peshawal di Pakistan.... jauh lagi?  atau ke Banjaran Alps di Eropah.. masih jauh... atau ke Tanah Suci Mekah... air zam zam.  Airnya diakui terbaik dan terhebat

Manakala ketiganya REHAT yang mencukupi.  Sebagai pelajar dicadangkan antara 7 ke 8 jam.  Sebaik2nya lepas jam 11.00 malam dah mula ada atas katil dan bangun seawal 6.00 pagi.  Rehat yang cukup, badan dan akal sihat.  Kalau tak cukup tidur, kira tak cukup rehat dan bila tak cukup kedua-duanya maka ia akan mengganggu konsentrasi akal dalam menangkul dan berfikir.  Kita kepenatan sebab kurang rehat, dan ini mempengaruhi kekuatan akal.  Badan yang letih, otak pun letih.   So tips yang diberi diamati dan dipraktikkan 
and then why not to try it.

JAGA PERMAKANAN UNTUK MINDA (KEPALA OTAK)

Surah Al Baqarah, Ayat 57,
 'Makanlah makanan yang baik yang sudah kami berikan'.
Jika saya memiliki sebuah kereta hebat... macam Jaguar ke... Mers ke... Posh ke... BMW ke... kehebatan kereta itu terletak kat mana..... cuba teka, cuba teka..... (kata Usop "Hantu Kak Limah Balik Rumah).  Ada ke pada drivernye... jenama keretanya, body ye ke... atau tayarnye?  Pasti jawapan kita sudah tentu pada engin nye... So mudah aje jika kita nak kaitkan dengan diri kita, manusia.  Kehebatan kita pasti pada akal.  Jaga akal... semunya OK, InsyaAllah.

So kajian saya sekarang antara produk yang baik dan mudah serta murah dipasaran berkait dengan makanan otak ialah kandungan PROTEIN yang dimakan.  Makanan otak antaranya PROTEIN, OKSIGEN dan REHAT.  So cerita pasal protein.... cuba kita rujuk
SUSU KAMBING
 Kandungan susu kambing adalah antara yang tertinggi proteinnya.  

Sirah Rasulullah 
baginda minum susu kambing.  Bela kambing bapa saudaranya pulak tu dan ketika peristiwa Israk Miqraj, diberi baginda arak, madu dan susu kambing, baginda pilih susu kambing.  Sejarah awal anak Nabi Adam, Habil & Qabil pun mula menternak kambing, malah Nabi Ibrahim pengembala kambing terbanyak setakat ini dalam sejarah.  Bani Israel sendiri diakui antara bangsa tercerdik minum susu kambing sebagai minuman utama mereka. 

So, why not you all try jadikan amalan minum susu kambing sebagai minuman kesihatan khusus nya produk
HIGOAT

Kenapa HIGOAT?
1) sebab saya dah try hampir sebulan.
2) Pada kesihatan memang Ok di akui.
3)Tolong tanyakan sapa yang dah minum HIGOAT jadikan minum harian... depa boleh jelaskan.

So, pendek cerita nak tahu tentang penggunaan dan khasiatnya pada OTAK.... hubungi saya, insyaAllah kita boleh cerita panjang.  Cakap dan buat.... itu testimonial saya...

KEMAHIRAH MENGURUS MASA

Masa bukan emas. 
 Tak boleh dibelipun. 
 Jelas dalam Surah Wal As....
Al Quran, rugi kalau tak digunakan sebaik mungkin. 
 Masa berlalu begitu saja jika tidak dimanfaatkan.  
Dalam kemahiran belajar berdasarkan pengalaman, 

masa belajar terbahagi kepada 4. 

Bahagian 1 : Cadangan untuk mengingat dan menghafal
Baik bermula awal pagi antara jam 06.15 am hingga 07.00 am
Sebab:  Awal pagi, minda (kepala otak) FRESH dan SEGAR, mudah menangkul

Bahagian 2 : Cadangan untuk mengulangkaji atau membaca ringan
Pagi antara jam 08.30 am hingga 10.30 am
Sebab:  Masa tu dipanggil PRIME TIME (Masa paling sesuai)


Bahagian 3 : Cadangan untuk membuat latihan atau studi grup
Lepas jam 03.00 pm hingga 05.00 pm
Sebab: Masa membaca tak sesuai dijalankan.. namun latihan, berbincang dan bersoal jawab amat sesuai

Bahagian 4 : Cadangan untuk membaca dan mengulangkaji
Baik bermula antara jam 08.30 pm hingga 10.30 pm
Sebab: Suasana tenang dan bersesuaian.

Namun syarat tambahan lain yang perlu diingat.  
Masa untuk belajar boleh diubahsuai mengikut situasi atau keadaan semasa kita. 
 Lain orang lain kesesuaian masa belajar mereka. 
Mungkin ada tuisyen sebelah petangnya... kira OK le... 
sebab masih dalam suasana belajar. 
 Belah malam diingatkan makan awal sebaiknya sebelum maghrib.  
Kalau lepas belajar nak makan itu kira dah supper. 
 So sesuaikan keadaan dan ingat
 'APA YANG PENTING..... SAYA NAK BELAJAR.... 
INGAT! APA YANG PENTING..SAYA NAK BELAJAR.... '
:)

Friday, 18 March 2011

ASAS KEMAHIRAN DALAM BELAJAR

Kemahiran belajar perlu dilalui dengan memahami teknik atau caranya.  So, ini bermakna kemahiran melalui teori belajar perlu difahami dengan jelas.  Bagi menguasainya pula, praktikal atau amalinya perlu dilalui dengan mencuba, menerai dan menge'test' kannya.

Asas kemahiran belajar bermula dengan:
1.  Mengetahui teknik membaca.
Baca perlu betul sebab jika salah membaca menggunakan teknik yang berkesan... hasil yang diperolehi tidak kesampaian... rugi le..

2.  Memahami teknik mencatat.
Mencatat perlu dalam proses belajar.  Jika main ingat aje.. kata Confusious kita mudah lupa.. mana tidaknya.. masuk telinga kanan... keluar kiri, keluar depan... pusssss keluar belakang.  Jika dicatat notga... kalau lupa boleh baca balik nota yang dicatat.

3.  Mempraktikkan teknik menyemak nota.
 Menyemak nota seperti mana membaca semula bagi tujuan pengukuhan maklumat. Jika nota kurang - tambah, jika lengkap - murnikan.  Menyemak nota lebih jelas jika kita permudahkan kepada 3 peringkat.  Mula dengan catat nota (peringkat 1) kemudian kemas kini nota (peringkat 2) dan akhirnya tulis cara singkatan (Peringkat 3) guna carta, peta minda dan sebagainya.

4.  Melatih teknik mengingat. 
Teknik mengingat ada banyak.... Kaedah Max Recall yang dipelajari oleh kebanyakan guru2 kaunseling di Malaysia boleh dipraktikkan tetapi yang mudah cari dan gunakan teknik mengingat yang selesa.  Kalau saya... mudah guna teknik ingatan berulang, mencatat sambil menampal nota, kaedah neumonik, perbincangan dan soal jawab

5.  Mengamalkan rujukan pada buku nota belajar sendiri. 
Bila dah jadi kebiasaan merujuk pada buku catatan.. anda dikira RAJIN dan mudah mahu belajar.

SO JIKA NAK MAKLUMAT TERKINI CARA BELAJAR IKUTILAH 
'SEMINAR PINTAR BELAJAR' 
Modul Pak Su Zaid..... 
anda nak cari ilmu, mari belajar bersama ku... fuuuuuyo

KENAPA KITA PERLU PERKHIDMATAN KAUNSELING?

Siapa yang tak ada masalah.... cuba cerita.. cuba cerita. Masalah tetap kita hadapi walaupun kita tak cari.  Masalah ada kecil, besar dan sederhana.  Kalau masalah dihadapi jangan sekali-kali kita lari.  Hadapinya dengan kesabaran dan ketakwaan berpandukan akal yang diberi.... fikir positif dan nafsu yang dimiliki... ingatkan Allah.  Kira-kira BERES lah tu.  Perkhidmatan kaunseling dilihat mampu membantu sebab fungsinya di sekolah ialah memberi pertolongan dalam aspek membimbing pelajar menangani isu masalah diri.  Falsafah pendidikan negara menjurus kepada perkembangan potensi jasmani, rohani, intelektual dan emosi pelajar. 
 Fikirkan jika jasmani dibantu oleh guru2 PJPK, rohani pula oleh ustad dan ustazah, intelektual oleh guru2 akademik.... 
so bab emosi pastinya dari guru2 kaunseling le.....

Wednesday, 16 March 2011

PENGENALAN DIRI


Nama diberi emak ayah
MOHD ZAID B. ABU OTHMAN.  
Lebih mesra dipanggil
  PAK SU ZAID 
di kalangan warga pendidikan dan di sekolah.  
Dilahirkan pada tanggal 27 Oktober 1962.
 Pada usia nampak dah tua
opps, silap 'LAMA', tapi hakikatnya masih muda dalam memberi sumbangan.... 

Impian diri untuk memberi KHIDMAT BANTU kepada semua insan sesama manusia atas kepakaran yang ada khususnya dalam bidang KEMAHIRAN BELAJAR, PSIKODRAMA, MOTIVASI PEMBANGUNAN DIRI & PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN 
Telah berkhidmat lebih daripada 25 tahun dan pernah mengajar di sekolah menengah dan rendah. 

 Pernah menerbitkan kaset dengan Syarikat Telaga Biru bersama Dr. Shukri Abdullah 
dan CD Kemahiran Belajar dengan Penerbitan Premier.  
Kini sedang menyiapkan Buku Modual Kemahiran Belajar untuk tatapan anak-anak didik.  

Bertugas sebagai Guru Cemerlang Bimbingan Kaunseling di SMK Sayong, Kuala Kangsar, Perak. 
 Sering membantu sekolah-sekolah di seluruh Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.  

Motto kehidupan
'TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZIN ALLAH'
Justeru itu, marilah bersama saya merealisasikan kekuatan potensi diri kita yang ada untuk membentuk dan melatih insan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang